Thursday, April 15, 2010

Teka-teki

Dalam banyak2 air,air apa yang paling berani?
Ha.Ha Ape bende tu?!Kalau nak tahu,jawapan yang sebenarnya ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!!!ha!!!!ha!!!!ha!!!

Banyak -banyak binatang... binatang apa keluar haid..
jwpn:kura-kura... ala tu pun tak tahu... keluar HEAD..tak paham jugak.ala kepala le..

dlm banyak2 binatang... binatang apa yang bertelur dan beranak... kira 2 alam la niii..ha jwp2... siput babilaaaa... ye la siput bertelur babi beranak...

kalau anda ni semuanya pandaiii cuba teka,banyak2 sungai,sungai apa yang paling berat
jawapannyer ialah Sungai Besi... ha... ha... ha...

kereta ngan motor,mana lebih tua?
jawapannyer adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

dalam banyak2 pokok,pokok apa yang baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

ni ada satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin?
huruf TA dan YA laa... .kan jadi TAYAR tu..

kasut apa yang paling keras?
kasut batu... salah maa..kasut BATA laaa... muhahaha..lawak ker?

sebuah bas telah berenti secara mendadak kerana hampir terlanggar seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu berenti?
jwpnnyer ialah meter bas tu la..

antara huruf A hingga Z,banyak2 huruf tu,mana huruf yang boleh kawin..ahh sape dapat jawap
jawapannyer ialah... huruf i ngan u lerr... heheheheee,nih antara pasangan bercinta lerr hehehe...

kalau korang pandai math,5 orang cina tolak 3 org india,jadi apa?
orang india tu jatuh la... keh... keh... keh..

ada 3 biji limau kendian dibahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi plak pada 3 orang..baper seorang dapat?kes..kes..kes... korang mesti lemah IQ kan.
jawapannyer sorang dapat sebiji limau ler... sbb sama gak ko potong atau tak... heheheeemesti dapat sorang sebiji.

benda apa kalau naik tak turun dah?
jwpn dia umur la.ish..ish... ish

KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?
SEBABNYA IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT TAYAR HADAPAN.

cuba teka mouse komputer jantan ke betina?
jwpannyer betina ler..pasal dia pakai pad.hehehe

ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam utan.suatu ketika mereka terjumpa sebuah titi.semasa kancil menaiki titi tersebut,titi tersebut runtuh.kancil telah patah kaki,gajah pula patah... .
gajah patah apa rasanyer yer ?gajah patah balik kot...

dalam banyak2 lembu,lembu apa yang semua petani cari
lembu yang hilanglah..kalau tak hilang siapalah ada masa nak kisah pasal lembu.

hidupan apa dalam laut paling tua
jwpnnyer udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..hahaha..

cuba teka ye benda apa apabila kita berdiri dia baring,bila kita baring dia berdiri??
jwpnnyer tapak kaki laaa... .

banyak2 ikan,ikan apa yang pemalu?
jwpnnyer:ikan sardin sebabnyer dia dok dalam tin...

ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU?
JAWAB..JAWAB..JGN TAK JAWAB... DUA.DUA SALAH LA... TAK TAHU... TENTULAH HIDUNG

APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG?
HA JAWAPANNYER MESTILAH KACANG PANJANG KAN... TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU... HEHEHE



Dalam byk2 anggota bdn manusia,mana yg paling sedap dimakan?
Tentulah "jari manis,sbb ia manis...



Buku apa yg boleh dimakan?
Jawapannya tentulah sebuku roti....



Binatang apa hidup didarat,udara & air?
Tentulah Burung Raja Udang...

Thursday, April 8, 2010

Anda ingin kelihatan cantik dan menarik, maka....

1. Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.



2. Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.



3. Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.



4. Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.



5. Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.



6. Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.



7. Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".



8. Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.



"Beramallah...sesungguhnya islam itu indah untuk dinikmati

bersama..."



RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL

Aku Dan Kerja

Kerja.. Kerja.. Kerja..
Banyak betul benda nak buat.. pening kepala mana satu nak start..
Priority pada kerja sendiri la kan?? hahaha.. Nih pun aku saje2 curi masa.. Ikutkan dah time kerja.. x per la.. layan kan kejap.. ade masa lain nanti aku kupas lagi topik nih.. ok.. Sayonara...

Thursday, March 18, 2010

Lawak Buah....

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga
lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu
dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh,
ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat.
Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama.
"Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan
tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.
Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas.
Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya,
" Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya,
kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan
kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua,
lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya.
Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil,
lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan.
Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa
ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?"
tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita
tu keluar dengan membawa buah durian!!"

Thursday, March 11, 2010

Aku & Injection

Hari nih tangan aku lenguh2 la.. Semalam aku ambik suntikan vaksin H1N1.

Wednesday, March 10, 2010

Perkahwinan...






























































Hmm... Hari nih aku nak bercerita tentang perkahwinan..

Perkahwinan??
Hahaha.. Satu isu besar aku fikir..
Apa matlamat perkahwinan?? Hmm... Mestilah untuk menyelamatkan kita daripada melakukan kemungkaran. Menambah umat di muka bumi, melahirkan zuriat sebagai penyambung keturunan. Mengikat kasih sayang kita sesama insan..

Nanti kita cerita lagi. X de idea la.. hehehe..

Apa2 hal pun layankan dulu gambar2 kawan2 aku yang baru melangkah ke alam perkahwinan..

Tuesday, March 9, 2010

Kenapa Tak Bersyukur???

Hmm... kenapa ek.. susah betul nak cari orang yang setia??
Kat mulut cakap setia.. Tapi bila pandang yang cantik sket, mula la tertarik.. Padahal, orang yang berada di sisi tak kurang cantiknyer..

Kadang2 aku terfikir.. Kenapa ek?? Adakah mereka ini tak tahu bersyukur? Apa kurangnyer orang di sisi? Kenapa perlu membuang masa memikat yang lain yang belum tentu kita tahu hati budinyer..

Adatlah kita sebagai manusia tak sesempurna mana.. Tetapi bila bita terpandang kekurangan seseorang, kita cerminkan diri sendiri dulu.. Apa yang lebihnyer kita..
Dari situ rasanya kita dah dapat jawapan..

Wahai manusia2 di luar sana... cermin2kanlah diri anda..

p/s : Renung2kan dan Selamat beramal....(pinjam kata2 Prof IzzI)